Baru pulang dari farmasi gara-gara kudis buta yang telah menjangkiti saya sekeluarga. Jadi, di sini saya ingin berkongsi sedikit info mengenai kudis buta. Sebelum itu ubat yang telah disyorkan kepada saya ialah:

1. Scaboma Lotion

-ubat ini hendaklah disapu keseluruhan badan pada waktu malam.

-kalau boleh biarkan sehingga 24 jam sebelum mandi.

-sapukan sekurang-kurangnya  3 malam berturut-turut

2. Fobancort Cream

-ubat ini untuk disapu pada bahagian yang terdapat kudis buta.

-disapu pada waktu siang.

Sedikit info mengenai kudis buta


Apa itu kudis buta?

Kudis buta ialah keadaan kegatalan pada kulit yang disebabkan oleh gigitan kutu yang bernama Sarcoptes Scabiei.

* Ianya berbadan bulat dan mempunyai lapan kaki yang panjang.
* Kutu ini berukuran 0.4 mm panjang setiap satu.
* Kutu betina akan mengorek masuk kedalam kulit, mengeluarkan telur dan mati.
* Telur-telur akan menetas menjadi kutu dan hidup selama 30 hari.

Kudis buta bukanlah tanda-tanda kurangnya penjagaan kebersihan. Walaubagaimanapun, ianya cenderung berlaku ditempat-tempat tinggal yang sesak sepeti asrama dan rumah asuhan.

Apakah tanda-tanda dan gejala kudis buta?

Kudis buta biasanya berkait dengan :

1. Kegatalan kulit yang teramat sangat, yang mana ianya lebih teruk diwaktu malam dan selepas mandi air panas.
2. tanda-tanda calar kesan daripada menggaru.
3. Bintik merah – seperti ruam terutama dikawasan kedua-dua tapak tangan dan kaki.
4. Garisan hitam beralun dan pendek pada kulit (tempat korekkan kutu)

Nota: Kegatalan adalah disebabkan oleh reaksi alahan kepada kutu.

Kawasan yang biasa dijangkiti

Tempat-tempat yang biasa ialah :

* Dicelah-celah jari.

Scabie

Kudis buta yang menjangkiti kawasan dicelah-celah jari

* Tapak tangan
* Bahagian dalam pergelangan tangan

Kawasan-kawasan lain termasuk :

* Kawasan kemaluan.
* Punggung
* Sekitar pusat.
* Celah-celah ketiak.
* Siku
* Kaki dan buku lali.

Bagaimana ianya merebak?

Kudis buta senang merebak dari seorang ke seorang yang lain melalui:

* Sentuhan kulit ke kulit.
* Menyentuh pakaian atau cadar yang dijangkiti (jarang)

Apakah rawatan untuk kudis buta?

Ubatan yang boleh membunuh kutu dinamakan scabicides. Ianya berbentuk krim atau losyen disapu pada kulit. Ini termasuk:

* Losyen benzyl benzoate
* Krim gamma benzene hexachloride
* Losyen malathion

Dimana ianya disapu?

* Daripada bawah dagu hingga kehujung jari-jari kaki.
* Semua kawasan yang terlibat, termasuk kawasan dicelah-celah jari, bawah kuku dan kemaluan.

Bagaimana ianya disapu?

* Ubatan disapu dan biarkan semalaman sebelum membilasnya esok pagi.
* Rawatan perlu diambil untuk 1-3 malam berturut-turut mengikut nasihat doktor.

Pakaian dan cadar perlu dibasuh dengan air panas.

Semua ahli keluarga perlu dirawat pada masa yang sama, tidak kira samada mereka ada rasa gatal atau tidak.

Kegatalan mungkin berterusan untuk beberapa minggu selepas rawatan berhasil. Ubatan untuk mengurangkan kegatalan mungkin perlu diteruskan untuk beberapa minggu.

Pencegahan dari merebak kepada orang lain

1. Jauhi kanak-kanak yang dijangkiti dari sekolah/taman kanak-kanak sehingga selesai rawatan.
2. Rawat seluruh ahli keluarga serentak.

Sumber : klik sini

Saya sering juga mendapat order palsu iaitu mereka yang mengisi borang pembelian tetapi tidak membuat sebarang bayaran. Saya pasti ramai yang pernah mengalami situasi sebegini. Baru-baru ini saya dapat lagi pesanan palsu daripada mereka yang tidak bertanggung jawap. Anda boleh lihat pesanan palsu di bawah ini:

Ps : Lihat perkataan yang saya merahkan… :(

Satu sahaja pesanan saya kepada mereka yang sering jadi pengacau dalam bisnes online ini. Buatlah kerja yang berfaedah. Saya malas nak ulas lebih panjang lagi kerana ia akan membuat saya tension. lebih baik saya fikirkan benda lain yang lebih memberi faedah kepada semua orang.

Maafkan saya kalau ada perkataan yang agak emosi sikit.. jumpa lagi :)

Penyakit Leukemia

Leukemia merupakan barah pada darah atau sum-sum tulang dan bercirikan penggandaan luar biasa sel darah , biasanya sel darah putih (leukocytes) . Ia merupakan sebahagian dari kelompok penyakit yang lebih luas yang dikenali sebagai maligan hematologi (hematological neoplasms).

Antar simptom leukemia adalah : -

Kerosakan kepada sum-sum tulang, disebabkan oleh penggantian sel sum-sum tulang normal dengan sejumlah besar sel darah putih tidak matang, menyebabkan kekurangan platelet darah, yang penting dalam proses pengumpalan darah. Ini bererti mereka yang mempunyai leukemia mungkin menjadi lebam, pendarahan berlebihan, atau mengidap pendarah cucukan jarum (petechia).

Sel darah putih, yang terbabit dalam melawan pathogen, mungkin dipendam atau tidak berfungsi. Ini mampu menyebabkan sistem imunisasi pesakit (sel darah putih dll.) mula menyerang sel badan lain.

Akhirnya, kekurangan sel darah merah mendorong kepada anemia, yang mungkin menyebabkan dyspnea. Kesemua simptom ini mungkin dikaitkan kepada penyakit lain; kerana diagnosis, ujian darah dan pemeriksaan sum-sum tulang diperlukan bagi pengesahan leukemia.

Simptom yang berkait

  • Demam, sejuk, berpeluh malam dan simptom selesema lain
  • Kelesuan dan lemah
  • Hilang selera makan dan/atau berat
  • Gusi bengkak atau berdarah
  • Pendarah berlebihan (akibat luka kecil)
  • Simptom neurologikal (sakit kepala)
  • Hati dan limpa bengkak
  • Mudah lebam
  • Kerap dijangkiti penyakit
  • Sakit tulang
  • Sakit sendi
  • Tonsil bengkak
  • Kerap pengsan

Perkataan leukemia, yang bererti ‘darah putih,’ diambil sempena nama penyakit pengiraan sel darah putih yang tinggi yang terdapat kepada kebanyakan pesakit leukemia sebelum menerima rawatan. Jumlah tinggi sel darah putih kelihatan apabila contoh darah dilihat di bawah mikroskop. Sering kali, sel darah putih ini adalah tidak matang atau tidak berfungsi. Jumlah sel darah putih juga turut mengganggu dengan fungsi normal sel lain.

Sesetengah pesakit leukemia tidak mempunyai sel darah putih yang tinggi semasa pengiraan darah biasa. Keadaan yang luar biasa ini dikenali sebagai aleukemia. Sum-sum tulang masih mempunyai barah sel darah putih, dan ia mengganggu penghasilkan sel darah biasa. Bagaimanapun, ia kekal di dalam sum-sum dan tidak memasuki saluran darah, di mana ia boleh dilihat di dalam ujian darah. Untuk pesakit aleukemic, pengiraan sel darah putih dalam aliran darah mungkin normal atau rendah. Aleukemia boleh berlaku dalam sebarang empat jenis leukemia utama, dan agak biasa bagi leukemia sel rambut.

Untuk maklumat lanjut mengenai leukemia sila klik sini.

Mungkin ramai antara kita yang masih kabur
dan samar-samar mengapa begitu pentingnya
untuk mengumpul dan membina senarai email
sendiri.Hanya mereka yang mempunyai senarai
email sendiri sahaja yang tahu betapa nikmat
dan mudahnya kaedah pemasaran email dalam
memasarkan sesuatu produk.

Katakan jika sehari anda mengumpul sebanyak
10 senarai email,setahun anda sudah mempunyai
sebanyak 3650 senarai email.Masuk tahun kedua
anda sudah mampu untuk memiliki 7300 senarai
email.Bayngkan jika anda bazirkan masa selama 2
tahun tanpa mengumpul senarai email,anda
sebenarnya telah kerugian lebih kurang
7300 senarai email yang mampu menghasilkan
jualan sekurang-kurangnya rm 20,000 setahun.

Salah satu sebab utama kenapa penting dan
perlunya anda untuk memiliki senarai email
ialah “Mudah Untuk anda Memasarkan Produk
Sendiri”.

Bayangkan jika anda memiliki 10,000 senarai
email sendiri.Dari sini anda sudah mempunyai
pasaran anda sendiri dan dengan hanya sekali
klik sahaja,email promosi anda telah
sampai ke beribu-ribu pelanggan anda,dan
kemudian anda pasti tersenyum melihat hasilnya.

Dengan adanya pasaran sendiri juga daripada
senarai yang anda bina sebenarnya dapat
mengurangkan pergantungan terhadap orang
lain kerana anda boleh berdiri atau bergantung
sepenuhnya atas senarai yang anda bina.

Untuk makluman anda,Team Aspirasi Cyber telah
menyiapkan sebuah ebook berkenaan pemasaran email
yang anda boleh dapatkannya secara percum!

Klik pada banner untuk download ebook percuma.

Adakah anda seorang yang aktif di alam cyber? Seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan di dalam sesuatu bidang atau seorang usahawan internet yang seringkali diajukan soalan yang sama berulang kali?

Walaupun anda memiliki blog atau pun halaman web, anda juga tentunya perlu memiliki sebuah halaman yang berperanan mengumpul orang ramai sama ada rakan-rakan ataupun pelanggan-pelanggan yang membolehkan anda dan mereka berinteraksi sesama sendiri .

Semestinya apa yang dimaksudkan adalah sebuah halaman yang dikenali sebagai halaman komuniti atau halaman forum. Halaman seperti ini membolehkan orang ramai mendaftar sebagai ahli. Dengan memiliki forum yang ahlinya ramai, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti yang memberikan keuntungan khasnya dari segi perniagaan.

Faedah Memiliki Forum

Banyak faedah yang dapat boleh kita perolehi jika memiliki forum sendiri. Apa yang pasti, ianya bukan hanya berfaedah kepada diri sendiri, tetapi juga kepada setiap ahli forum tersebut. Forum boleh dijadikan tempat membincangkan masalah, bertukar idea dan pendapat selain berkenalan sesama ahli.

Forum boleh dijadikan sebagai forum terbuka yang membolehkan orang ramai mendaftar menjadi ahli seterusnya membuka pelbagai topik yang ingin dibincangkan

Forum dapat memberikan keistimewaan kepada usahawan internet apabila ia dapat dijadikan sebagai bonus kepada pembeli produk mereka. Forum tertutup atau forum sokongan adalah satu bonus yang amat disukai oleh pembeli produk kerana ia amat berkesan sebagai platform interaksi di antara pembeli dan penjual sekiranya terdapatl sebarang masalah.

Fungsi forum yang boleh memuatkan sebuah komuniti yang besar memberikan anda peluang meletakkan pelbagai iklan produk perniagaan anda ataupun menyediakan ruang pengiklanan untuk disewakan kepada sesiapa yang berminat.

Jika hendak disebutkan faedah yang boleh dimanfaatkan ianya terlalu banyak.. Anda tentunya tahu keistimewaan forum.
Bagaimana hendak memiliki forum sendiri?

Membina forum sebenarnya tidaklah begitu sukar, anda boleh membinanya sendiri dengan menggunakan sumber yang boleh didapati secara percuma (free open source forum solution) . Tanpa mengeluarkan sebarang modal, anda boleh membina sendiri sebuah forum yang mantap dengan mudah.
Jenis forum apakah yang disediakan

phpBB
Sejak ianya diperkenalkan pada tahun 2000, phpBB telah digunakan secara meluas sebagai halaman forum kepada pemilik website, blogger serta peniaga-peniaga berasaskan internet di seluruh dunia..Forum phpbb boleh dibina hanya dengan mengambil masa yang singkat. Anda boleh membinanya dengan hanya mengambil masa beberapa jam sahaja.

Kenapa anda perlu mengunakan phpbb sebagai platform forum anda?

# PhpBB adalah forum percuma yang anda boleh bina sendiri.
# Versi terkini iaitu versi 3.0.4 memberikan anda paparan forum yang sangat menarik. Terdapat banyak skin, phpBb template style disediakan.
# Kombinasi antara blog wordpress dan phpbb menjadikan blog anda lebih professional dan diyakini.
# Terdapat theme wordpress yang menyediakan template style phpBB untuk diintegrasikan bersama-sama blog wordpress mereka.
# Phpbb juga menyediakan Mods/hack untuk anda menjadikan forum menjadi lebih menarik.
# Memperbesarkan perniagaan internet anda dan mendapat keuntungan dari pelbagai sumber.
# Menariknya.jika anda ingin mengunakan vbulletin (berbayar),anda boleh memindahkan semua data dari phpbb dengan paparan yang sama, thread, topik dan pendaftaran ahli masih dikekalkan.
# Menjadikan laman forum anda salah satu laman forum yang terkenal.

Kenapa anda perlu membeli panduan membina forum phpbb terbitan saya?
Panduan yang berbahasa melayu pertama dikeluarkan di Malaysia, dengan kandungannya yang terperinci menghuraikan mengenai langkah cara-cara membina forum. Panduan membina forum ini diterbitkan dalam bentuk ebook dan video, menjadikannya panduan yang sangat lengkap dan tidak rugi memilikinya.

Kini…Panduan Membina Forum phpBB Telah Berada Di Pasaran.
Klik banner untuk maklumat lanjut.

PS : Bina forum komuniti anda sendiri melalui panduan yang disediakan dengan mudah.